KLIK LA

Wednesday, July 9, 2014

TAMAN MINIKU:BUNGA ROSE JEPUN

Bulan posa ni boring juga dok asyik citer pasal makanan je...kalau nyembang dengan orang laki-laki depa tak dak topik lain...mesti sembang pasal bola...la kan piala dunia dah nak sampai kemuncak...
paling kesian semalam Jerman dah baham Brazil 7-1....huhuhu menangis peminat brazil...

Ok kita stop pasal bola...GK nak cite pasal taman mini GK pulak...GK dah lama tangkap gambar bunga rose jepun ni...sekarang lagi banyak ia membiak...walaupun kita pijak ia tetap mekar berkembang...

Bunga rose jepun ni mudah sangat ditanam...korang boleh beli kat nusery depa jual sepasu RM5 je...pastu korang tanam atas tanah...lagi cepat ia biak...tanam pelbagai color...pergh...cantik oooo..

Nak bagi tips sikit ni...kalau nak tanam pokok rose jepun ni korang bubuh tanah yang ada kat kawasan pembakaran sampah pastu tabur pasir baru tanam pokok rose jepun tu..pastu tengok memang ia akan kembang meriah punyer...

Korang tunggu sekitar pukul 10pg time matahari tengah dok terpacak atas pala...waktu tu cuba jenguk tengok pokok rose jepun ni...mesti tengah mekar berkembang...

Ia tak perlu nak tabur baja sangat...nak siram pun tak payah kerap kalau lupa siram seminggu pun ia tetap hidup lagi..

Kat Perlis kami panggil pokok bunga pukul 10...kat kampung banyak orang tanam pokok ni...mintak je kat orang kampung..mesti depa bagi punyer...

Nama Tempatan:bunga ros jepun
Nama Saintifik:Portulaca Grandiflora
Nama Lain:bunga kembang petang, bunga pukul sepuluh,moss rose, rose moss, sun plant,japanese rose, bunga gelang
Famili:Portulaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan hiasan
Asal:tumbuhan tempatan
keterangan:

Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunya campuran warna seperti merah jambu dan putih. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Bunganya akan kembang sepenuhnya pada pukul 10-11 pagi. daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
kegunaan:

Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka.

Ini bunga rose jepun yang GK tanam...dah agak banyak bole tanam dalam pasu...

6 comments:

PetakBunga said...

seng hidup pokok ni.. satu lg pnggil pokok kembng pukul 10.

Gadis Kampung said...

betoi petakbunga...ini orang utara panggil pokok pukul 10...

Anonymous said...

Assalam salam perkenalan ...b saya join tak

Amirullah said...

Mintak sket bleh?

Shaifful Mohd said...

Salam. Maaf tumpang blog. Sy ada menjual keratan bunga rose jepun dan mulberry melalui pod laju. RM2 20 keratan bunga rose jepun dan RM10 bg 10 keratan mulberry. Kalau berminat boleh add id wechat sy epol-9444 atau whatapp sy di 0148414659 atau sms atau email sy di shaifful870917@gmail.com

amy norami said...

Cantik bunga pukul 10 ni..saya pun banyak tanam

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg