KLIK LA

Wednesday, February 12, 2014

JANGAN MARAH ANAK KITA

Pagi tadi GK kalut sangat,dengan nak pam susu untuk adam lagi..dengan aidil buat perangai tak mau mandi pi sekolah...naik stress juga...ikut hati nak je bancuh susu formula bagi kat baby adam...tapi hati dah berniat nak bagi fully breastfeeding maka pam la juga...kalau tak pam boleh jadi bengkak susu...
Tapi GK tak sampai hati baby sebesar adam (4 BULAN) dah disumbat dengan susu formula...
Alhamdulilah masih ada lagi susu badan nie GK akan terus pam dan bagi kat baby adam..
Tapi entah la pagi tadi setan mana mai rasuk masuk diri...
Tiba-tiba GK melenting pagi-pagi marah kat aidil sebab dia buat main-main..
pakai baju pun nak berlari..suruh masuk kete dia pi naik basikal dulu..
Kita dah la lewat..nak antaq dia pi taska lagi..
Terus tengking dia pagi tadi....
Yang buat GK tersentuh hati..
masa dalam kete, aidil memang tau ibu dia marah kat dia..dia boleh duduk diam...dia tak buat perangai langsung..pastu dia yang mula bicara...

aidil: ibu tue apa tue ibu?..
GK jawab: tah la ibu tak perasan
aidil: Itu kan backhoe la bu...

pastu GK diam je..
pastu aidil panggil ibu...

GK pun toleh kat dia tanya "awat"
Aidil: sayang ibu....muuuuahhhh..(siap gaya fliying kiss lagi)
Nak jatuh air mata Gk masa tue...
oooo anak aku pandai memujuk...
"maafkan ibu sayang"(hanya terdetik dalam hati kecik saja)


Nasihat ini bagi mereka yang suka marah-marah pada anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik dan untuk diri GK juga..

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg