KLIK LA

Sunday, June 3, 2012

RENDANG DAGING EDISI UTARA



Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin

20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis

2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendidih masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan 



NOTA KAKI:
Korang kalau makan dengan ketupat pulut memang sedap oooo...lemang pun orait juga...
tak pun cicah dengan roti jala pun layan juga...



7 comments:

teratai said...

salam...

kat tempat kak ni susah sikit nak cari rempah cap rose ini! kak biasa guna rempah adabi je!!

ieda said...

pandai adik masak ! .. ;)

Mak Wardah said...

Salam kenal. Pandainya gadis kg memasak. boleh buat menantu

Mak Wardah said...

Sorry, cancel gadis kg dah ada yang punya. Really gud blog....

Irfan said...

hmm yummy yummy !!!

oke,,Akak ade tanya kan kat blog sya berita cerita dunia macamana buat Visit ramai.... senang je,,promote blog banyak2 kat social media ...dan buat iklan kecil ..mula2 sya pun ade buat iklan kat blog orag lain lepastu blog dah maju sya pula bagi ruang untuk sewa untuk iklan hehe...

jika akak nak sewa lah ruang iklan kat blog sya...cuba..hanya 0.30 sen sehari bukan mahal pun kan =)

Saya mesti tolong akak untuk promote kan blog ini.. Mesti ramai orang suka blog recepi kan.. specially prempuan hehe

Terima kasih!

Nana Dmnhuri said...

wahhh sedap ni mesti cuba nanti...salam kenal

zmanja said...

wahh..sodap..nk try la nt

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg