KLIK LA

Saturday, June 2, 2012

NASI AYAM BERMADU


Nasi ayam nie sama je macam nasi ayam biasa cuma beza dia bubuh madu je...
letak madu dalam nasi ayam ayam takpe jangan bawa balik "madu" yang lain dah la..nanti kang kena kejar satu taman perumahan buat malu je...




Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukup rasa
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara
• Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.
• Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.
• Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

NOTA KAKI:
Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak.)


No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg