KLIK LA

Monday, May 28, 2012

RESEPI TAPAI PULUT



Salam korang..makan apa pagi nie..amboi-amboi makan nasi lemak tak pandang kiri kanan dah ye..
mai la baca blog GK jap..
GK nak story pasal tapia pulut nie...
nie resepi turun temrun mak GK yang bagi...tapi sebelum tue nak habaq kat ampa semua..
petua orang tua-tua...
kalau nak buat tapai nie tak leh dalam period(mai bulan) nanti tapai tak jadi...
lagi satu kita kena betul-betul bersih..tangan basuh bersih-nersih takut nanti tapai jadi masam..
orang yang buat tapai nie tak leh moody-moody..nanti tapai tak manis...



Ok mai kita tunjuk sikit resepi tapai pulut..
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut
250 gm ragi
250 gm gula
Daun pisang

CARA MENYEDIAKAN:
1. Terlebih dahulu beras pulut perlu direndam selama lima jam.
2. Kemudian kukus sehingga tiga suku masak (selama 20 minit). Biarkan sehingga sejuk.
3. Ragi ditabur di atas pulut yang dikukus bersama gula. Gaul rata.
4. Kemudian bungkus de­ngan daun pisang. Peramkan selama beberapa hari (lebih kurang 2 hari)

NOTA KAKI:
Orang yang plan nak mengandung tak leh makan tapai tau..tapai nie tajam....


4 comments:

shafiq said...

huhu , sedap tapai nih .. lapar argh . g breakfast jap ..

Norlida Ramli said...

wah2..
sedap nya tapai..
feveret ni time raya!hehe

munna said...

baru je buat tapai minggu lepas.... tapi munna tak letak gula dah.... cukup dgn ragi je... bungkus dgn daun gerah

muhammad sukri ramli said...

lihat cara pembuatan tapai pulut di www.sukriramli.tk atau lawati facebook kami www.facebook.com/tempahantapaipulut

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg