KLIK LA

Tuesday, May 29, 2012

RESEPI KUIH CARA BERLAUK


Bahan A
3 cawan tepung gandum
5 cawan santan
3 biji telur
1 sudu besar minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Bahan B
200gm daging cincang
6 sudu kecil rempah kari
1 labu bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 cawan sos tiram
garam dan gula secukupnya

Bahan hiasan
3 batang daun sup-dipotong halus
2 biji cili merah-dipotong halus

Cara-caranya;-
Bahan A
Campurkan semua bahan diatas dan kacau sehingga sebati. Jika anda mahu, anda boleh masukkan dalam mesin pengisar dan kisar sebati.
Bahan B
Tumis bawang putih, bawang besar sehingga garing dan naik bau. Masukkan daging dan rempah kari dan semua bahan2 diatas. Goreng sehingga air kering.
Ketepikan.

Cara membuatnya
Panaskan acuan, sapukan sedikit minyak diacuan supaya tidak melekat.
Tuangkan adunan tepung kedalam acuan, biarkan sebentar
Masukkan sedikit bahan B ditengah-tengahnya
Kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun sup.
Tutup acuan dan biarkan ia sehingga masak.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Baru hari Jumaat lepas kakak makan kuih ini di majlis yasin/tahlil jiran kakak. Anak kakak suka tapi dia buang dulu cilinya...

Unknown said...

best ! =)

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg