KLIK LA

Monday, December 6, 2010

RESEPI MUFFIN OREO TANPA GULA

Saya ada buat muffin oreo tanpa gula jumaat lepas...gambar ada dalam kamera lagi..nak share kat sini memory card reader tak de lak...pi mana tah...
tapi rupa dia macam nie la...


Yang bezanyer saya salut coklat masakan kat atas dia baru tabur coklat rice..sebab apa saya salut coklat masakan sebab nak ambik manis coklat masakan sebagai pengganti gula...

RESEPI MUFFIN OREO TANPA GULA:

Bahan-bahan (boleh dapat 53biji muffin)

  • 2 1/2cawan tepung gandum
  • 2 bar coklat masakan
  • 1 cawan air suam
  • 1 ketul buttercup
  • 2 biji telur
  • Beberapa titik esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 keping biskut Oreo dicincang kasar 
  • 5 sudu susu UHT Coklat 
Untuk Hiasan:
  • Coklat rice
  • Coklat masakan (cairkan dulu baru sapu di atas muffin)

    Cara-cara

    1. Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, coklat masakan dan buttercup(yang telah dicairkan), kacau hingga sebati. ( hanya menggunakan senduk kayu atau spatula)
    2. Kemudian larutkan susu UHT  didalam air suam tadi dan curahkan dalam mangkuk adunan dan masukkan biskut oreo yang telah dicincang tadi, titik kan sedikit esen vanila serta kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
    3. Sendukkan adunan di dalam mangkuk kertas, pastikan adunan kek hanya separuh acuan dan bakar pada suhu 180 darjah selama 15 hingga 20 minit bergantung pada saiz mangkuk kertas.

    1 comment:

    Asri Alam said...

    tiba-tiba mengidam nak makan muffin.. cekelat memang feveret. hehe

    JOM BORAK


    Chat Box

    PENAJA BLOG INI

    DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg