KLIK LA

Thursday, October 14, 2010

MEE BANDUNG


http://4.bp.blogspot.com/__nYml9Ikbek/SojVE-FC6nI/AAAAAAAAA50/sFW_MnwRWiE/s400/%E7%94%BB%E5%83%8F+175.jpg
Bahan
500 gm mee kuning (dicelur)
200 gm daging ayam (dipotong kecil)
300 gm udang
2 s/b cili mesin
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)
2 biji telur (rebus dan belah 2)
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (belah 8)
bawang goreng
cili merah/hijau (mayang)
Garam & minyak masak

Cara Memasak:
1
. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan.
4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.
5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan

Cara Menghidang:
Masukkan mee & tomato ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah panas hingga penuh.
Bubuhkan telur rebus, cili merah, limau kasturi, daun bawang & bawang goreng.

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg