KLIK LA

Monday, October 18, 2010

COKLAT BUAH-BUAHAN DAN KEKACANG

Hari ahad lepas saya tengok tv1 ada rancangan inspirasi koko..chef tue ajar resepi nie..
Saya suka sangat nampak mudah la..budak2 pun suka makan..
saya kongsi masakan tue untuk anda semua...

Peralatan yang digunakan:
Kepingan marmar
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Mangkuk kertas bersaiz kecil
Sudu kecil

Bahan-bahan:
250gm Coklat susu tulen
Buah-buahan campuran (Oren, betik dan kismis) (secukupnya)
Emping jagung, bertih beras,(badam hiris (dipanggang)) (secukupnya)
Coklat urai berwarna (hiasan)

Cara membuat:
1) Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.

2) Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.

3) Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.

4) Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.

5) Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c.(berhawa dingin)

6) Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.

7) Seterusnya, kesemua buah-buahan campuran dan juga kekacang, emping jagung dan bertih beras dicampurkan sekali.Bahan-bahan ini kemudiannya digaul rata bersama coklat yang telah stabil suhunya.

8) Menggunakan dua camca teh, masukkan adunan didalam mangkuk kertas bersaiz kecil, dan hiaskan dengan coklat urai berwarna.

9) Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.

2 comments:

Diana Nazri said...
This comment has been removed by the author.
Gadis Kampung said...

tadi ada org tanya saya apa itu proses penstabilan kristal...baca entry saya ni "APA ITU PENSTABILAN KRISTAL"

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg