Topik kita arini pasal anak...anak-anak permata negara eh silap anak-anak permata mak ayah la..
Dulu time tak dapat anak (setahun juga menunggu nak pregnant) hari-hari dok search artikel cara nak mengandung...bila dah ada 2 orang anak ni dok rasa kena merancang juga...tapi kalau di anugerahkan anak lagi..alhamdulilah terima saja...mana tau kot dapat baby girl lak kali ni...
Allah dah kata setiap anak ada rezekinya sendiri..kenapa nak takut tak cukup makan pakai...
Mak ayah GK pun ada 12 orang anak...9 masih hidup 3 meninggal ketika kecil...
Ayah GK pun keje kampung je..alhamdulilah semua kami jadi manusia je...5 orang dari kami masuk menara gading juga..alhamdulilah...kami dulu pun susah juga, cuma tak masuk program
"BersamaMu " je la...tapi alhamdulilah rezeki tu ada...semua masuk sekolah...masing-masing dapat menghabiskan persekolahan...
Tadi masa search blog terjumpa blog DR Zubaidi.. Doktor ada menceritakan mengenai waktu yang sesuai untuk mendapat anak kedua... GK cuba sampaikan mengikut pemahaman GK je la...sekadar berkongsi...
gambar hiasan |
Sebelum merancang nak tambah anak, korang teliti dulu faktor-faktor dibawah adakah sesuai atau tidak untuk tambah anak sekarang?
1) UMUR ANAK SEKARANG:
Waktu yang sesuai untuk mendapat anak kedua ialah 30 bulan dari tarikh lahir anak pertama...ini kajian dari Institut Alan Guttmacher Amerika Syarikat..kalau dalam islam seelok-eloknya 2 tahun sesuai lah untuk ibu itu mengandung pulak...tempoh ini adalah untuk bagi kesihatan ibu kembali pulih..rahim dah elok untuk kehadiran orang baru...ini juga masa yang boleh kita gunakan untuk beri sepenuh kasih sayang untuk anak pertama kita...
2) KESIHATAN FIZIKAL ANAK ANDA SEKARANG:
Kalau kita tengok anak kita sudah mampu berdikari macam contoh boleh ke tandas sendiri tanpa perlu memakai lampin pakai buang. Ini menandakan anak kita sudah matang..ini adalah masa yang sesuai untuk kita memikirkan untuk menambah anak..Andai anak kita tidak ada permasalahan kesihatan yang serius maka sewajarnya kita memikirkan untuk tambah anak..tapi andai kata kesihatan dia pun tidak elok..masih memerlukan perhatian kita..maka pertimbangkanlah hasrat kita itu...
3) KESIHATAN FIZIKAL IBU AYAH:
Kesihatan mak ayah pun kita fikir juga...bukan kesihatan mak ayah kita tapi kesihatan kita sebagai ibu bapa, mampukan kita menjaga anak-anak masih kecil seandainya kita pun mengalami penyakit yang kronik...kita perlu memikirkan kesihatan kita sebab kita yang akan menjaga mereka...terutama ibu..
4) UMUR IBU BAPA SEKARANG:
Faktor umur si ibu juga perlu diambik kira..seandainya si ibu berusia 38 tahun keatas seeloknya tak perlulah nak menjarakkan kandungan sampai 3 tahun..tapi sandainya si ibu berumur bawah 30 tahun bolehlah dia menjarakkan umur anak mereka sekitar 2-3 tahun....
5) KEWANGAN:
Menambah anak ini memerlukan kita berfikir dulu, siapa yang akan menjaga dia, mampukan dengan kewangan dan pendapatan kita sekarang untuk menampung perbelanjaan anak yang ramai, seandainya mampu kita teruskan hajat itu. Kita perlu berbincang antara suami isteri.
6) MASA BERSAMA KELUARGA:
Masa bersama keluarga adalah penting..mak ayah perlu bahagi waktu untuk anak-anak..walau sesibuk mana pun kita bahagikan masa kita untuk bermanja dengan mereka...seandainya kita tahu kita tak mampu nak beri sepenuh masa dan perhatian untuk kesemua atau untuk anak yang ramai cukup memandai hanya hadir seorang anak dalam hidup kita..Apa guna ada anak tapi keluar pagi balik lewat malam...time nak bermain dengan mereka langsung tak da..mereka pun tak kenal penuh siapa ayah dan ibunya..jadi jangan heran atau terkejut kalau jumpa anak melayu tapi fasih berbahasa indonesia atau ikut dialek indo..sebab mak ayah serahkan sepenuhnya tugas mereka kepada pengasuh...
NOTA KAKI:
Duit boleh dicari, tapi kasih sayang tidak boleh dijual beli....
No comments:
Post a Comment