KLIK LA

Monday, September 22, 2014

CANGGIH DAN MUDAH BELI AIR MINUMAN RINGAN GUNA KAD

Hebat kan zaman sekarang semua benda dihujung jari...denga sekali kilk semua maklumat kita boleh tau dengan sesaat saja..itu baru nak cari maklumat... bila sebut pasal zaman canggih dan berteknoklogi tinggi syarikat Webonline Sdn. Bhd telah mengorak langkah memperkenalkan cara mudah untuk pengguna membeli air minuman ringgan melalui mesin jualan air automatik..

Teringat dulu masa dok Uitm...GK suka juga beli air nescafe latte kat mesin air tu...dulu kena guna duit syiling pastu diorang dah upgrade boleh guna duit kertas..tapi tu la kadang kala duit kita tu kena reject juga huhuhu...

Tapi sekrang dah mudah..dan amat senang..pengenalan sistem pembayaran tanpa tunai webcash pada mesin jualan automatik yang dibangunkan oleh syarikat berasaskan sistem pembayaran dalam talian tempatan, Webonline Sdn. Bhd. dapat mengatasi masalah tersebut

Menerusi webcash, korang tidak perlu lagi membawa wang untuk membeli barang di mesin jualan automatik.Sebaliknya, dengan hanya meleretkan kad pada mesin pengesahan pembayaran webcash, korang sudah boleh mendapatkan barang yang dikehendaki.
Bagi mendapatkan kad webcash tersebut, korang perlu membayar sejumlah deposit atau prabayar kepada pihak Weboline. nak dapat kad tu boleh daftar sini http://www.webonline.com.my/wol/
Teknologi yang berteraskan sistem pembayaran pintar itu beroperasi menggunakan sistem penyelesaian Mesin ke Mesin (M2M) yang dibekalkan oleh salah satu syarikat peneraju utama telco tempatan, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi). 
Kat PERLIS tak dak lagi mesin ni...baru ada kat belah Cyberjaya..
Lepas ni tak payah susah nak bawa duit kesana sini..risiko kena rompak pun boleh dikurangkan..leret je kad tu....mudahkan  

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg