KLIK LA

Tuesday, July 1, 2014

RESEPI PUDING KARAMEL

Sebelum menjelang Ramadan hari tu, GK ada buat puding karamel...request dari anak menakan a.k.a anak saudara GK dia teringin sangat nak makan puding karamel...
Ikut hati malas la nak buat...nak makan sikit je...dah la benda ni manis...
mak ayah tak leh makan...
GK suruh dia pi beli sendiri kat kedai...dia tak mo...dia kata tak puas...nak makan banyak..
(macam la puasa nanti tak leh makan langsung)

Ok dengan tidak mahu menghampakan permintaan dia...dapat je gaji 25hb aritu terus GK pi beli barang nak buat puding karemel ni...27hb ari jumaat baru la GK start buat sebab esok ari sabtu dah cuti...
Dan inilah hasilnya....

GK ambik resepi ni kat blog cahaya hidupku ku a.k.a http://cahayahidupku2569.blogspot.com/
Pn. Hayati ni dapat resepi ni dari blog http://fakhruru.blogspot.com ..bila dia try menjadi maka GK pun try la buat..alhamdulilah menjadi...
Sebelum ni penah dah buat puding ni time umur 16 tahun dulu sekarang dah umur 29 tahun huhuhu..

Time buat dulu resepi tu suruh guna 8 biji teluq...
Tapi resepi ni just guna 5 biji teluq je...tapi ok tak mengecewakan...


Bahannya :- (untuk karemel)
  • 1/2 Cawan Gula
  • 1/2 Cawan Air - utk karamel
Bahan untuk puding:
  • 1/2 cawan gula 
  • 5 Biji Telur- gred B
  • 1 Tin Susu Cair - suggest guna brand IDEAL...
  • Esen Vanilla- Sudu kecik

CARA MEMASAK KARAMEL:
  1. Tuang 1/2 cawan gula di dalam periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
  2. Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
  3. Padamkan api
  4. Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas..
  5. Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula

        CARA MEMBUAT PUDING:
  1. Pecahkan 5 biji telur & pukul.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
  2. Kemudian panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
  3. Masukkan 1/2 cawan Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
  4. Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
  5. Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama gula tadi ke dalam telur dan kacau bagi sebati.
  6. Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
  7. Barulah tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus yg disediakan tadi
  8. Masukkan air panas dalam periuk pengukus.
  9. Kukus dalam tempoh 20-30 minit
JEMPUT MAKAN SEMUA .....oppsss tunggu buka puasa dulu ye...

NOTA KAKI:
- GK kurangkan 1/2 cawan penggunaan gula dalam membuat karamel



No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg