1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama
isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggunghutang suami.
2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di
telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima
daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda
lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak.
Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur,
memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati
isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami
lepas tangan.
5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan
sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri
dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau
tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat
dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya
yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda
cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni,
semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak
tolong.
8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju,
letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul
sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat
macam tu? Semua nak kena ajar ke?
9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan
anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati.
Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi
diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain
lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah
secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti,
siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah
awak?
12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan
dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.
Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas
seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu
isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami
juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk
syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan
keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah,
kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil
hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan
bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi
kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya,
janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu
berhati-hatilah dengan Tuhan”
No comments:
Post a Comment