KLIK LA

Thursday, December 12, 2013

ORANG YANG DOA YANG DITERIMA ALLAH

Firman Allah dalam surah AL-Mukmin 40:60
"Berdoalah kepadaKu, pasti aku kabulkan doamu".

Bila kita dapat panggilan interview hari-hari dalam sembahyang kita dok doa agar kita dapat pekerjaan tue..
Masa kita dalam dilema nak pilih jodoh yang terbaik untuk kita sanggup kita berpuasa dan sembahyang istikharah untuk menentukan pilihan yang kita pilih itu tepat..
Teringat time nak exam masa kat universiti dulu..ramai kawan-kawan sanggup bangun malam berdoa mohon agar lulus exam..takut kena repeat paper..sembahyang lima waktu time menjelang exam tak penah tinggal..asyik penuh je..risau kalau tak sembahyang nanti jawab exam blurr pulak...
Boleh dikata ramai jugak yang sanggup bangun tengah malam buat sembahyang tahjud, solat hajat mohon agar apa yang kita hajati dimakbul Allah..

Tapi bila yang kita hajati tak dimakbulkan mula kita menyalahkan Ilahi..kita mula persoalankan "awat paper nie aku leh failed sedangkan aku dah study bagai nak gila"..
Kita mula nak menyalahkan takdir "awat sidia tak ditakdirkan menjadi jodoh aku sedangkan kami tinggal sehari lagi untuk diijab kabulkan"...

Kita selalu mengeluh bila apa yang kita doa tak dimakbulkan Allah... 

Cuba kita renungkan firman Allah "Sesiapa yang disibukkan dengan membaca Al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripadaKu, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yang diminta oleh orang lain. (Riwayat al-Tarmizi)

Korang nak tau tak doa sapa yang dimakbul Ilahi..

Bila seseorang muslim mendoakan buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu insyallah doa itu akan mustajab kerana atas kepalanya ada malaikat yang ditugaskan setiap kali dia berdoa buat saudaranya itu, malaikat itu juga mendoa sambil berkata" Amin, dan buatmu juga yang seumpama itu ( seperti hajat yang didoakan buat saudaramya)." (Riwayat Muslim)

Pabila kita berpuasa perbanyakkan berdoa terutama ketika membuka puasa kerana waktu itu antara waktu mustajab doa..dalam riwayat al-Tarmmizi "Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi"...

Setiap ibu bapa yang mendoakan untuk anak-anak insyallah doa mereka akan dimakbulkan Allah..sebab tue la mak bapak jangan dok cakap lebih kurang dengan anak-anak jangan la memaki anak-anak..sebab setiap kata-kata mak bapak adalah doa..zaman dulu-dulu mak bapak kalau nak marah anak dioarang akan kata macam nie " bertuah punya budak"..sedangkan waktu tue budak tue dah panjat pokok tinggi melangit...

Waktu kita bermusafir tapi bermusafir ke tempat yang baik-baik bukan nak pi kelab dangdut atau buat maksiat insyallah time doa kita kan dimakbulkan ilahi...

Selamat berdoa...



1 comment:

NEKCIK said...

Betul tu..arwah mak nekcik sepanjang nekcik ingat mmg takde lain yg kluar dari mulut dia..melainkan...anak bertuah betul dia ni. ..itu marah tahap gaban tu!! Dan alhamdulilah...nekcik rasa mmg nekcik bertuah..dpt suami baik dan bnyak rezeki

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg