JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga
kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar
'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma
tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan
makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan
anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara
ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi
menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam
perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan
membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan
makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan
banyak.
ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak
baik untuk kesihatan tubuh.
KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air.
Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini
bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan
sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi
lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.
Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam
darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh.
Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat
menunjukan kepuasan.
KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan
kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan
hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan,
beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di
mulut akan membantutkan selera anda.
Ambil makanan yang
berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar
kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga
meningkatkan pembakaran lemak.
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak
mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh
berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari,
berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka
kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan
kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda
kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan
lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan
rajin-rajinlah membuat catatan.
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang
lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila
mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan
segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang
boleh menyihatkan tubuh badan.
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori
dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran,
anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak).
Hindari minyak atau lemak haiwan.
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan
bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru
nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang
boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang
tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin
banyak makanan ringan yang anda habiskan!
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan
berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari
makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna.
Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan
dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah
tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut
kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli
makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus
anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan
tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti
untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan
penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan
cantik.
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula
mengandungi 32 kilokalori.
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa
dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas.
Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian
sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang
dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi
otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.
Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan
tetapi dalam tempoh yang lama.
Ini dapat
mencantik dan merampingkan peha.
| ||
No comments:
Post a Comment