Salam,
Danone Dumex Malaysia (Danone Dumex) menarik balik empat produk keluarannya daripada pasaran tempatan kerana dikhuatiri mengandungi bahan tercemar.
Langkah berjaga-jaga itu diambil berdasarkan maklumat daripada pengeluar produk tenusu New Zealand, Fonterra Brands (M) Sdn. Bhd. (Fonterra) yang mengatakan sebahagian daripada ramuan dibekalkan kepada syarikat pengeluar produk makanan itu berkemungkinan tercemar.
Produk tersebut adalah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor kumpulan 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1.
Mamex Cherish Step 1 dengan nombor kumpulan 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1.
Turut ditarik balik adalah produk Mamex Explore Step 2 dengan nombor kumpulan 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2
serta Bebelac Step 2 (05023R1 dan 05033R1).
Jika kanak-kanak atau bayi yang menggunakan produk-produk berkenaan menunjukkan sebarang tanda penyakit, sila hubungi pakar kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga. Pengguna yang telah membeli produk dengan nombor kumpulan terbabit boleh memulangkan semula barangan dan mendapatkan semula bayaran balik.
Untuk sebarang pertanyaan, pengguna boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1800-38-1038.
No comments:
Post a Comment