KLIK LA

Friday, March 1, 2013

BETUL KE KAHWIN KAT THAILAND TAK SAH?

Salam semua,
GK terpanggil untuk tulis artikel harini mengenai kahwin di sempadan thailand..selalunya pasangan yang nikah di thailand ni atau di luar negara kebanyakannya adalah pasangan yang tak dapat restu daripada mak ayah atau isteri pertama sebab tue la diorang kahwin lari...(lari elok-elok jangan terjatuh ye hehehehe)

Ada orang kata kahwin di Thailand tak sah..BETUL KER???issshhh mazhab mana lah korang pakai nie ye..memandai je kata orang kahwin kat thailand tak sah..kesianlah pada orang thailand. Habis tue umat islam yang kat thailand tue diorang kahwin tak sah ker?anak-anak diorang kira macam ne lak...kena fikir dulu sebelum kata ye..bukan berkahwin di thailand yang jadi penentu hukum perkahwinan itu sah atau tak sah...
Yang tidak sah itu sebab ada anak dara yang masih ada ayah, tiba-tiba ikut jantan nikah disana..Inilah yang diharamkan dalam islam...nak kawin wajib minta restu...kena ada wali..kalau ayah kita benarkan guna wali hakim baru boleh nikah..contoh pasangan ni masih belajar di luar negara( contoh kaherah), masing-masing rasa nak elak maksiat diorang nak kawin..si anak dara wajib telefon ayah di malaysia minta restu dan minta izin nak guna wali hakim..

Mereka yang harus menjadi wali nikah ialah orang yang ada hubungan keluarga dengan perempuan yang hendak bernikah tersebut. mesti menyikut susunan.. tidak boleh langkah-langkah sesuka hati..
1- Bapa (wali Akrab)
2-datok sebelah bapa
3-saudara lelaki seibu sebapa
4-Saudara lelaki sebapa.
5-anak lelaki kepada saudara seibu sebapa
6-anak lelaki kepada saudara sebapa
7-bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8-bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa.
10-anak lelaki kepada bapa saudara dari pihak bapa sebapa.
11-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12-bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa sebapa.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg