KLIK LA

Friday, January 18, 2013

MEE SEGERA BOLEH BAWA MAUT

Salam semua,
semalam GK baru saja bagi cermah mengenai isu-isu semasa kepenggunaan kepada penduduk kampung santan perlis..alhamudulilah sedikit sebanyak yang disampaikan mereka tertarik untuk dengar dan bagi respon yang postif antar isu yang GK kongsi dalam ceramah itu adalah isu mee segera mengandungi 10 ramuan yang boleh membawa maut...

Korang boleh tengok gambar di bawah nie..nak print simpan atau tunjuk kat kawan-kawan yang kaki mee segera pun boleh...nasihat GK berhentilah makan mee segera nie tak de khasiat pun...



Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.

2 comments:

Qashmere said...

Hi GK..
Bagus info ni.
Mohon share dan akan dicreditkan ke blog ni yea..

Qashmere said...

Hi GK..
Bagus info ni.
Mohon share dan akan dicreditkan ke blog ni yea..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg