KLIK LA

Monday, November 12, 2012

PETUA MENGURANGKAN RASA SAKIT BERSALIN

GK nak bagi sikit petua cara nak kurang rasa sakit ketika nak bersalin...masa GK nak bersalin aritu rasa sakit tetap ada..tapi dia mai kejap pastu hilang..macam nak mai period rasa dia...tapi alhamdulilah pas bersalin GK tak penah rasa senggugut dah..kalau dulu sebelum kawin time zaman anak dara GK memang sering senggugut...bila mai period je..terus rasa nak demam..sekarang alhamdulilah dah hilang semuanya...

OK jom kita tengok petua mengurangkan rasa sakit bersalin...ini cuma petua mengurangkan je tau bukan menghilangkan..sebab setiap wanita yang bersalin akan rasa juga sakit ketika nak bersalin..baru la gugur segala dosa kita...

  1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga
  2. Bila dah start sakit nak bersalin, telan sebiji telur mentah (GK buat benda nie 2hari sebelum bersalin)
  3. Rebus epal hijau pastu makan masa tengah sakit tu...
  4. Amalkan baca surah Maryam
  5. Masa dalam labour room, banyakkan baca doa nabi yunus berulang kali serta "Ya Fattah" banyak2 kali supaya laluan bayi cepat terbuka n kurangkan rasa sakit
  6. Minum air selusuh (better suami yang bacakan)
  7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nak bersalin. tujuh bulan nak bersalin GK kerap teguk air nie..
  8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
  9. Banyakkan berjalan, jangan malas. P soping ke... hoho..seminggu sebelum delivery GK ajak suami teman GK pi jalan2 pusing tasik melati perlis..
  10. Amalkan makan sayur bendi. kalau boleh hari2.. (GK tak amal sangat sebab rasa dia tak sedap)
  11. Untuk senaman pulak, masa kat bilik air duduk mencangkung dengan tangan menahan kat dinding then cuba berdiri perlahan lahan. Buat banyak kali. Boleh dibuat apabila usia kandungan 38 minggu ke atas. (Tapi kenapa dalam bilik air? kang tergelincir baru tahu... huhu)
  12. Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
  13. Masa meneran dalam labour room, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina koyak/ koyak banyak.
  14. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling lubang faraj untuk melembutkan bahagian tersebut, so takde mudah koyak/ koyak banyak.
  15. Petua dr Fadzilah Kamsah, rajin2 main dengan janggut suami, main camne tak pasti, urut2 kot... hihi
  16. Masa tengah sakit tu, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit makin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
  17. Baca surah Al Insyiqaq ayat 1-4
  18. Baca surah Abasa ayat 20 
  19. Baca surah An Nahl ayat 78
  20. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air. 
  21. Makan ketam masak lemak (wahhhh terbaik!!! hehehe)
  22. Banyakkan "bersama" ketika nak dekat due.... (air selusuh semulajadi? hihi) 

5 comments:

My Life's Journey said...

salam pekenalan .. terima kasih sis atas petua yang diberikan ..umi akan cuba mana yang dapat dicuba hihi

ketikketok said...

".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at BBC MARDI Station CH39000

SpoRa CoMeL said...

TipS yang sangat berguna :)

butik bengkung moden said...

thank for the info..:)

AZENI AHMAD said...

Bila dah start sakit kontraksi memnag kena banyak banyak.
Untuk dapatkan tenaga.
Bila ada tenaga, mudah sikit nak teran walaupun sakit kontraksi yang kan.

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg