1) KUPAS BAWANG
untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang, rendam bawang dalam bekas berair.
2. MEMILIH IKAN SEGAR
Pastikan mata yang jernih, tidak berbau, warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.
3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN
Masukkan Ubi Kentang yang dipotong dadu atau buah pisah mudah yang dihiris
4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN
Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir.
5. MEMUTIHKAN NASI
Masukkan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi
6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS
Letakkan Cili Kering di dalam bekas beras dan gaul
7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT
Sebelum
mula memasak pastikan niat yang ikhlas beserta doa yang baik-baik,
kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang
mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup
Air
buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk
mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari
minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air
beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga
ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.
9. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak
sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh
atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan
mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah
seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya,
cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah
panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-
Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda
sekeluarga.
10 . BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak menggunakan
periuk biasa, masak tujuan kenduri ataupun majlis boleh menjadi
hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah
cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi
tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan
berkurangan.
2 comments:
nak makan sedap2? jom singgah http://warungabangnon.blogspot.com/
-salam perkenalan.. nota untuk suri rumah yg patut diketahui ^__^ sy pun penah kejap jd surirumah.. sbbnye, nak jage anak sendri.. skali pas anak 1st lahir, benti 2 bulan, pastu keje balik alhamdulillah murah rezeki dpt keje baru.. then 2nd time pas anak 2nd lahir, benti 3 bulan, then again syukur dpt keje baru... sbb keje smula was, ase mcm stress duk umah even mase keje ase nk sgt2 balik umah.. n also x dpt survive huhuhu... now berjinak2 ngn biz sikit.. kalo sume berjln lancar, again decided nak benti koje.. hihi. neway, ni saya ade nak tumpang iklan sikit ye TT-
Salam to blogger sume ^___^
mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!
//Jazakallah & Jazakallah again ye TT//
Post a Comment