KLIK LA

Friday, August 10, 2012

RESEPI: POPIA SERUNDING

Salam semua,
Sekarang kita ke resepi seterusnya..kulit popia ada lagi tue..sayang kalau tak dibuat resepi lain pulak..Penah makan tak serunding popia..selalunya GK buat popia serunding nie guna serunding ikan je..ok mai GK ajar cara nak buat serunding ikan ye..seeloknya guna ikan tenggiri pasal tulang tak sebanyak ikan kembung...


Bahan-bahan untuk membuat serunding ikan:

  • SEEKOR tenggiri -siang dan rebus
  • 2 biji kelapa parut- diambil santannya
Bahan Kisar:

  • 25 tangkai cili kering
  • 10 tangkai cili hidup
  • 2 inc halia
  • 2 inc kunyit hidup
  • 2 inc lengkuas
  • 3 btg serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • Garam, gula secukup rasa
  • Beberapa asam keping, (tuk goreng & tuk rebus)

Cara-cara

  1. Siang ikan & rebus bersama asam keping hingga agak2 masak.
  2. Asingkan isi ikan dari tulang. Kemudian kisar isi2 ikan tersebut bersama air rebusan
  3. Sediakan kuali, masukkan bahan2 kisar & isi ikan tadi, asam keping, santan & air rebusan...bukak api, masak sampai kering. Jgn lupe gula & garam dan sedikit serbuk perasa.
Ok serunding dah settel..jom tengok lak cara nak buat popia serunding..

Bahan-bahan untuk popia serunding:
  • Kulit popia
  • Serunding ikan
  • Tepung gandum- untuk dibuat gam
  • Minyak masak
Cara membuat Popia serunding:
  • Gunting kulit popia bentuk empat segi tepat
  • Letakkan inti serunding ikan atas kulit popia tue
  • Lipat kulit popia tue dan gam menggunakan bancuhan tepung gandum
  • Dah siap lipat baru boleh goreng
  • Dah boleh makan.





4 comments:

Qashmere said...

Alahai rajinnye awak..

Saya nak cuba buat lah nanti kalau ada masa..Bestla tengok resipi2 semua ni!

Unknown said...

3D Rose Lace CANTIK DAN MURAH!

Assalammualaikum wbt & slm sejahtera....

menjemput anda ke http://kedaionlinecma.wix.com/kedai-online

1 Row Lace Rose dijual dengan harga RM 4.50 dan RM 5.50 / meter sempena pembukaan online shop saya
Sangat Cantik....Boleh dijahit pada tudung, baju atau gaun sicomel...BANYAK LAGI WARNA MENARIK DI LAMAN WEB SAYA

Untuk mengenali saya dengan lebih lanjut, boleh ke fb saya:

http://www.facebook.com/#!/puan.shima.37

Unknown said...

Info resepi yg berguna...tq
jemputlah ke blog saya utk bagaimana cara buat sendiri di rumah
www.izihomemade.blogspot.com

ShahKB said...

salam.agak2 berapa lama serunding ini boleh bertahan sblum ia rosak...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg