Salam semua...bulan ramadhan dah nak dekat nie...jadi GK nak kongsi resepi mak GK akan buat menjelang ramadahan iaitu CUCUR BADAK...inti dia of course udang la dia tak letak badak pun...hehehehe..
Ni la resepi dia..
Bahan-Bahan:
Ø 600
gm keledek
Ø 2
cawan tepung gandum
Ø minyak
secukupnya
Bahan inti:
Ø ½
biji kelapa parut
Ø udang
Ø 8
ulas bawang merah
Ø 3
batang serai
Ø 10
biji cili kering
Ø ½
sudu teh ketumbar
Ø ¼
sudu teh jintan manis
Ø ¼
sudu teh jintan putih
Ø ¼
sudu teh kunyit
Ø minyak
masak
Ø garam
Ø 2
cawan air
Cara:
Untuk inti, mesin cili kering, ketumbar, jintan
manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang. Panaskan sedikit
minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga
kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga
sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek
hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga
lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan
leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat
sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga
berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment