KLIK LA

Tuesday, January 3, 2012

RESEPI TEPUNG GOMAK



Hi semua harini GK nak kongsi dengan korang cara nak buat tepung gomak...tepung gomak nie kegemaran GK sekeluarga...sebelum ni GK hanya beli kat kedai je...tapi sekarang GK try-try buat untuk family makan petang..alhamdulilah menjadi...dan ini hasilnya...
CARA MEMBUAT TEPUNG GOMAK:

Bahan-bahan ( 20org )

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
  • * Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  2. Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  3. Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  4. Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  5. Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  6. Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  7. Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  8. Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan. 
NOTA KAKI:
Resepi ni GK ambik kat my resepi

1 comment:

susulemakmanis said...

sue suka giler kuih ni!

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg