KLIK LA

Monday, May 30, 2011

RESEPI KESUBURAN LELAKI: KAMBING TIMUR

Orang tua-tua kata makan daging nie bagus untuk naikkan tenaga batin untuk kaum lelaki...tapi kalau yang ada darah tinggi tue makan kambing sikit-sikit dah la...jangan korang bantai makan seekor kambing lak...
kang tak pasal-pasal masuk sepital lak...sapa nak jawab??? GK tak nak campur tangan hehehehe...

Ok nie GK nak bagi resepi kambing masak cara timur....
ala-ala arab gitu...
mana dapat resepi nie??? 
ala korang nie mesti la dari majalah RASA...
Dah tak yah gomong banyak-banyak pi cari pendrive save je resepi nie....
KAMBING TIMUR

BAHAN-BAHAN:
1/2kg daging kambing

*5 tangkai cili kering
*3 biji bawang merah
*2 batang serai
*1 cm halia
(*dikisar bahan-bahan nie)

3 sudu makan kerisik

*2 biji ubi kentang
*1 biji bawang besar
(bahan-bahan nie potong dadu tau)

Garam + Perasa secukup rasa

CARA MEMASAK:
  1. Rebus daging kambing sehingga hampir empuk kemudian masukkan bawang besar dan kentang.
  2. Setelah itu masak lagi sehingga semua bahan benar-benar empuk.
  3. Dalam masa yang sama, ambil kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga bau harum.
  4. Kemudian masukkan kerisik dan gaul rata.
  5. Toskan bahan daging yang telah direbus tadi dan kemudian masukkan ke dalam bahan tumis tadi. Gaul rata.
  6. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa dan biarkan sehingga adunan menjadi sedikit kering.
  7. Sedia untuk dingap...nyum...nyum....

3 comments:

kkawan.blogspot.com said...

wahh..ble buat sendiri resepi nih..kalu tolong masak kat kami lagi bagus hehehee

susulemakmanis said...

sis,u template nice sgt..u amek kt ne erk..ajar i boleh?

Gadis Kampung said...

sis ambik kat internet...lupa website apa..

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg