KLIK LA

Tuesday, November 16, 2010

AYAM KERISEK



bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan kelarkan]
2 s/b air asam jawa
1 s/b jus halia
3 cawan santan [1 biji kelapa]
3 s/b kerisek
garam
minyak

bahan mesin
2 s/b cili mesin
4 biji cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
3 s/b rempah beriani

Cara
1. Perapkan ayam bersama dengan jus halia, air asam jawa dan garam selama 3 - 4 jam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga keperangan dan separuh masak. Angkat dan ketepikan ayam.
3. Tinggalkan minyak anggaran 4 s/b dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkan baki bahan perap, santan dan kerisek.
5. Apabila mendideh masukkan ayam dan biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak.
6. Boleh dihidangkan bersama pulut dan juga nasi .

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg