KLIK LA

Tuesday, October 19, 2010

MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)


http://alkiram.net/salam/wp-content/uploads/2007/02/Mee_Bandung_Asli_Muar_Mak_Lang.jpg
Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara memasak:
• Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
• Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
• Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
• Masukkan sos tiram
• Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
• Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
• Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
• Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
• Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
• Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
• Hidangkan. 

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

2 comments:

kak Erna said...

salam gadis kampung..izinkan mencuba resepi ni nanti ye..belum pernah lagi buat mee bandung ni..

Gadis Kampung said...

sapa nak ambik..sila kan..nak copy buat buku pun boleh ambik la...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg