KLIK LA

Wednesday, September 29, 2010

PETUA UNTUK RAMPING


1) MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda
akan beransur turun. 

 2) RAMPING SEMULA JADI
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? 
Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.

1 comment:

wan syamilah said...

badan ku mmg dh kurus...skrg ni lagi kurus ada la..makan dh byk..tp susahnya nk naik...tk pe la asalkan sihat walafiat...

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg