MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua.
Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjadi
tumpuan pandangan seseorang.
Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda?
Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.
Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur.
Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati.
Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.
Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan
kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.
PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka,
ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri.
Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih.
Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur.
Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air.
Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.
1 comment:
putih telur tu telur yg warna putih ke?
Post a Comment