KLIK LA

Wednesday, September 22, 2010

MOIST CHOC. CAKE

Saya ada koleksi muffin yang saya kutip dari internet dari blogger yang memang handal memasak...saya siarkan disini bagi memudahkan blogger yang nak buat muffin  salin je resepi disini...ilmu kena dikongsi betul tak?
moist chocolate cake

MOIST CHOC. CAKE

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg