KLIK LA

Tuesday, May 5, 2015

REZEKI TERPIJAK...TERJUMPA DUIT RM50...

Panaih sungguh tengahari ni..walaupun perlis ni panaih tapi aku suka dok kat sini..dah besa dah...bila panaih lagu ni...tiba-tiba angin lak bertiup sepoi-sepoi bahasa sampai terangkat kain memang best la habaq hampa..

Tadi nak jadi cite aku pi pasaraya C-mart..kira pasaraya yang paling top la kat perlis ni...pi cmart pun bukan nak shopping pi ada keje..
Dah settel semua keje...nak masuk kete dah siap reverse kete pun..aku ternampak sekeping not biru...
Wow...rezeki terpijak tayar kete...
Dah lama aku tak penah jumpa duit yang tak dirancang ni..

Tadi memang setan masuk badan..aku sanggup turun kete pi ambik duit tue...
Pastu aku masuk kete buat bodo je...
Memang jahat aku tadi...


Masa dok dalam kete aku kata kat kawan aku."macam mana kita nak ambik guna dak duit ni?"...
Member aku pun sempoi habaq ang dia siap kata "takpa kita beda duit ni dua orang...kita bukan nak makan kita buat bubuh minyak kete"..aku pun angguk laju gile siap sokong lagi..

Pastu bila balik tempat keje..aku goggle hukum ambik duit terjumpa..

Dalam kehidupan seharian kita lebih-lebih lagi bila duduk asrama, seringkali kita terjumpa barang hilang/barang orang tinggal. Boleh tak kita guna barang tersebut?
1. Saya pernah dgr ada ustaz kata jika tinggal di tempat waqaf, boleh pakai, tapi mesti niat untuk pulang?2. Saya juga ada baca dalam hadith sahih bukhari muslim, boleh pakai selepas setahun. Tapi ada ustaz kata untuk 3 hari bahkan sehari pun ada?
Jawapan:
الحمد لله
Soalan ini berkaitan dengan luqatah iaitu barang yang hilang dari empunyanya .Salah satu dari matlamat syariah (maqasid syariah) adalah menjaga harta lebih-lebih lagi kalau harta itu kepunyaan orang Islam .Dan harta tidak boleh dimusnahkan begitu sahaja.
Apakah tindakan kita apabila kita terjumpa barang-barang di tengah jalan atau di tempat kita tinggal dan sebagainya?
Ulama’ telah memberi panduan kepada kita berdasarkan hadith-hadith Rasulillah SAW tindakan yang perlu kita lakukan. Antara perkara yang penting yang kita perlu ambil perhatian ialah kita menilai “barang “yang kita jumpa itu .
i.          Jika barang yang kita jumpa itu ,barang yang remeh dan tidak menjadi tumpuan penduduk setempat  seperti    roti ,buah-buahan ,kayu  maka orang yang menjumpainya boleh mengambil menafaat daripadanya tanpa perlu untuk mengiklankan penemuannya.Ini berdasar hadith Rasulillah SAW
لما روى جابر قال : ( رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم في العصا والسوط والحبل يلتقطه الرجل ) رواه أبو داود .
Jabir meriwayatkan bahawa Rasulillah SAW memberi rukhsah untuk mengambil kayu rotan,tali yang dijumpai oleh seorang lelaki.
ii.         Jika barang-barang yang dijumpai itu barang-barang yang besar seperti kereta,tong sampah yang besar dan lain-lain  ataupun haiwan-haiwan yang mampu mempertahankan dirinya sendiri dan mampu mencari kehidupannya sendiri seperti lembu ,kuda dan sebagainya ,maka haram bagi orang yang menjumpainya untuk mengambilnya berdasarkan hadith nabi SAW  
( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه ،
Biarkanlah ia ! apa pula urusan kamu .Ia mampu mencari air sendiri an mencari makan sendiri sehingga ia bertemu dengan tuannya.
وقال عمر : ( من أخذ الضالة فهو ضال )
Barangsiapa yang mengambil haiwan yang sesat ssunggunya ia telah bersalah .
iii.        Jika barang yan ditemui itu berupa barang-barang yang tidak remeh di mata masyarakat setempat dan tidak pula barang-barang yang besar seperti kategori di atas maka ada tiga keadaan :-
a)         Jika ia termasuk haiwan yang boleh dimakan seperti ayam dan lain-lain ,orang yang menemuinya hendaklah menimbang langkah yang paling menguntungkan empunya haiwan itu samada
   1. Memakan dengan berhutang  kos nya apabila empunya nya ditemui.   2. Menjual dan simpan wang jualannya untuk diserahkan kepada empunyanya selepas disimpan rekod spesifikasi barang tersebut   3. Menjaga barang berkenaan termasuk menanggung kos jagaan (jika ada) tanpa memiliki haiwan  berkenaan ,apabila empunya menuntut semula , kos penjagaan itu dituntut semula daripadanya.
( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب ) متفق عليه
Bermaksud :Ambillah kerana haiwan itusamada untuk kamu , atau saudara kamu ataupun untuk serigala.
b)         Barang-barang yang mudah rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan ,langkah yang perlu diambil seperti langkah-langkah di atas.
c)         Barang-barang yang ditemui itu tidak termasuk kategori barang a dan b di atas , hendaklah diambil atas dasar sebagai menyimpan amanah orang lain dan hendaklah dihebahkan di tempat ramai manusia .Berdasarkan hadith :
حديث زيد بن خالد الجهني رضي الله عنه ، قال : سئل النبي صلى الله عليه وسلم عن لقطة الذهب والورق ؟ فقال : ( اعرف وكاءها وعفاصها ، ثم عرفها سنة ، فإن لم تعرف ، فاستنفقها ، ولتكن وديعة عندك ، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر ، فادفعها إليه ) ، وسأله عن الشاة ؟ فقال : ( خذها ، فإنما هي لك أو لأخيك أو للذئب )، وسئل عن ضالة الإبل ، فقال : ( مالك ولها ؟! معها سقاؤها وحذاؤها ترد الماء ، وتأكل الشجر ، حتى يجدها ربها ) متفق عليه
Berdasar hadith di atas langkah berikut perlu diambil
1.Rekodkan spesifikasinya
2.Hebahkan selama setahun .Ulama member panduan pada minggu-minggu awal dihebahkan setiap hari dan pada minggu-minggu berikutnya dihebahkan mengikut kesesuaian.Tujuan utamanya adalah untuk mencari empunyanya Maka paza zaman ini bolehlah gunakan teknologi yang ada untuk mencapai maksud berkenaan.
3.Jika cukup setahun empunyanya tidak menuntut , maka bolehlah dimiliki atau dijual tetapi hasilnya itu berstatus wadi’ah pada jagaan orang yang menemuinya .
4.Jika empunyanya menuntut pula selepas itu maka hendaklah diberikan selepas kita berpuas hati terhadap padanan antara spesifikasi barang berkenaan dengan maklumat yang diberi oleh empunyanya.
والله اعلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ustaz Zamri Hashim
Sekretariat MUIS

Pastu aku pun decide aku tak mau la duit tu..aku bagi terus kat member aku...ustaz azhar idrus pun penah mengupas tajuk ni..nak dengaq klik kat bawah..


Nak jadi citer selepas aku publish cite ni kat blog aku...boss aku panggil...dia bagitau dia silap kira millage perjalanan claim aku..dia kata aku dapat lebih dari apa yang dia bagi sebelum ni..masyallah besar sungguh petunjuk yang Kau beri pada aku...hebat sungguh Kekuasaan Mu..dalam beberapa minit Kau uji aku dengan wang ringgit yang bukan milik aku...pada waktu tu aku tewas dengan hawa nafsu ku...tapi bila ku sedar...aku terus beristifar...tak sampai berapa minit kemudian..Kau kirimkan jumlah yang lagi besar dari apa yang aku jumpa tadi..subahannallah....

No comments:

JOM BORAK


Chat Box

PENAJA BLOG INI

DeSIgn ARt's GaDis KaMPuNg